Ahad, 2 November 2014

Kereta Setpol Jadi Buruan?


Artikel ini admin sengaja tulis untuk memberikan pencerahan berhubung sebuah artikel yang ditulis sahabat admin, blogger Cucu Tok Selampit di url berikut; http://khairulryezal.blogspot.com/2014/11/kereta-rasmi-setpol-pm-najibrazak.html?m=1

Ditegaskan di sini bahawa, penulisan yang bakal admin coretkan ini bukanlah berniat mahu menghentam sesiapa. Apa yang ditulis ini hanyalah bertujuan untuk memberikan pencerahan.

Sebaik sahaja tulisan sahabat admin, blogger Cucu Tok Selampit diterbitkan, admin bersegera menghubungi individu yang rapat dengan Datuk Gahzali bagi mendapatkan jawapan sebenar.

Berikut adalah penjelasan yang diberikan;

Sekalipun gambar yang dipaparkan adalah sebuah kenderaan keluaran pengeluar kereta berprestij dunia dari jenama Porsche, admin dimaklumkan bahawa ianya adalah keluaran tahun 2013 dan dibeli hasil dari "trade in" kenderaan lama miliknya dan harga ketika dibeli tidaklah mencecah lebih RM 100,000.00.

Sebagai bukti bahawa kenderaan tersebut adalah keluaran 2013, sumber admin turut mengongsikan geran kenderaan berkenaan.


Manakala bagi yang mempertikaikan tentang pemasangan "crown" dan tanda nama Setiausaha Politik pula, admin dimaklumkan bahawa ianya dilakukan hanya secara suka- suka dan kedua item tersebut diambil dari kenderaan rasmi (Proton Perdana).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan