Ahad, 29 Disember 2013

Malaysia Bumi Bertuah Dengan Menteri "Bertaraf Dunia"

Menteri Kelas 'A'

Semakin dipendam, semakin berdengung kepala memikirkan insiden "pisang berbuah dua kali" yang melibatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.



Sebelum ini, sekitar Julai ketika rakyat heboh membicarakan tentang kenaikan harga ayam, menteri ini dilihat sudah mengeluarkan pandangan yang akan admin klasifikasikan sebagai paling dungu dikeluarkan seorang wakil rakyat.

Selaku seorang wakil rakyat yang dipilih parlimen yang diwakilinya, admin berpandangan beliau harus menyelami pahit jerih yang dialami rakyat bawahan yang diwakilinya. Tidak cukup di situ, beliau juga seharusnya mencarikan jalan penyelesaian terbaik yang mampu menyenangkan hati semua pihak terlibat.

Begitulah seharusnya perwatakan yang dibawakan seorang wakil rakyat.

Kelmarin, menteri yang sama ternyata tidak mampu memberikan komen bernas tatkala diasak dengan permasalahan yang hampir sama apabila disoal wartawan.



Apakah sudah terlalu buta untuk menilai sehinggakan pandangan dangkal sebegitu disuarakan untuk diterbitkan didada akhbar?

Jika tiada sebarang rungutan, mana mungkin Pakatan Rakyat dilihat cuba menjadi juara digelanggang rakyat apabila ada yang cuba menganjurkan perhimpunan "TURUN" pada malam ambang tahun baru nanti.

Adakah Menteri sebegini yang diharapkan untuk mengakali setiap putar belit wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dilihat berperwatakan seperti adiwira dimata rakyat? 

Rasanya Perdana Menteri sudah terlanjur dalam memberikan tanggungjawab besar kepada seorang individu yang bakal menghancurkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Malaysia.

Pada pengamatan admin, Hasan Malek masih belum begitu matang untuk menyandang jawatan sebesar itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan