Ahad, 29 Disember 2013

@NajibRazak Lebih Senang Amalkan Pepatah "Better Late Then Never"?



Naik menyampah ada, kesian pun ada...

Nak dikatakan bengong, semuanya dah bergelar bapak- bapak menteri dan penasihat- penasihat VVIP... Entahlah dimana silapnya kerajaan sekarang...

Kalau nak dikatakan mahu difahamkan terlebih dahulu kepada rakyat sebelum dilaksanakan peri kebaikan yang dibawakan GST, kenapa pula kenaikan harga barangan dan servis dilihat tidak tertahan- tahan untuk dinaikkan?

Malahan, ada pula GLC yang berlumba- lumba menaikkan setiap perkhidmatan yang diberikan.


Bukankah rakyat juga perlukan masa untuk menyuaikan diri dengan segala beban kenaikan harga barang dan servis ini?

Selaku menteri yang bijaksana, seharusnya setiap rintih rakyat didengari.




Untuk meninjau lain- lain keterangan dalam bentuk klip video, pengunjung boleh terus klik DI SINI.

Selayaknya, jika benarlah GST berupaya meringankan beban rakyat, kenapa perlu ditunggu sehingga 2015 untuk dilaksanakan?

GST perlu disegerakan untuk mengimbangi tekanan kenaikan harga yang dihadapi rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan